BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023
BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023
Putrajaya | 14 Jun 2023
Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 telah selesai dilaksanakan secara dalam talian dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 106 orang peserta yang merupakan pemegang jawatan utama pertubuhan belia yang telah terlibat dengan bengkel ini.
Bengkel ceramah ini memberikan penekanan terhadap Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penilaian Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Integriti dalam Pertubuhan Belia dan Pindaan Perlembagaan.
Pelaksanaan Bengkel Tadbir Urus ini diharapkan menjadi platform ilmiah kepada pertubuhan belia dalam menguruskan pertubuhan belia masing-masing dan kekal aktif.