SESI LIBAT URUS PENSTRUKTURAN SEMULA DAN PENGUKUHAN PERJAWATAN PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY)
SESI LIBAT URUS PENSTRUKTURAN SEMULA DAN PENGUKUHAN PERJAWATAN PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY)
Putrajaya | 28 Julai 2023
Puan Rai'dah bt. Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan bersama tiga orang pegawainya telah mengadakan kunjungan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Kunjungan tersebut merupakan sesi libat urus bagi membuat semakan dan penelitian berhubung penstrukturan semula dan pengukuhan perjawatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pendaftar, Encik Hasnata bin Hasan.
Penstrukturan semula perjawatan ini diharapkan ROY akan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan dan seterusnya memperkasakan pembangunan belia di negara ini.