WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI SARAWAK
WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI SARAWAK
Kuching, 29 Oktober 2023
Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 314 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Sarawak.
Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya sesi perkongsian:
- “Jom Masuk Persatuan” yang disampaikan oleh Encik Iszuan bin Haroni, Setiausaha Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS).
- “Integriti dalam Pertubuhan Belia” yang disampaikan oleh Tuan Mohd Hisyamuddin bin Mustafa Haruddin, Penolong Penguasa SPRM Negeri.
- “Kepimpinan Anak Muda” yang disampaikan oleh Dr. Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
- “Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan 2019)” disampaikan oleh Puan Koh Mei Ching, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah dan turut hadir di program ini adalah Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, dan Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Selain itu pameran turut diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi menyediakan pelbagai program interaktif termasuklah Rakan Muda.
Diharapkan pendekatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ini mendekati belia-belia terdiri daripada belia IPTA ini dapat menarik minat mereka menjadi ahli persatuan belia dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.