KPB Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan
Kota Bharu | 8 Jun 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah menganjurkan Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan di Hotel Holiday Villa Kota Bharu bermula 7-8 Jun 2024.
Para peserta seramai 42 orang adalah terdiri daripada pemimpin belia yang dilantik semasa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia masing-masing. Taklimat penyediaan Maklumat Yang Perlu Diberi (MYKD), Kaedah dan Simulasi Mesyuarat Agung dan Protokol Semasa Mengadakan Majlis adalah antara pengisian kursus yang disampaikan oleh penceramah.
Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria telah hadir menyempurnakan majlis penutupan kursus ini. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Syahiran Muhammad, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan.