KPB Pertubuhan Belia Negeri Pulau Pinang
Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia (KPB) Negeri Pulau Pinang
Kepala Batas | 29-30 Jun 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara telah mengadakan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Zon Utara selama 2 hari 1 malam di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini dihadiri peserta daripada pertubuhan belia tunggal dan bercawangan daripada Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Beliau juga berkesempatan membuat penyerahan sijil penarafan bintang kepada pertubuhan belia.
Pengisian kursus ini adalah merangkumi taklimat Pindaan Akta 668 oleh Encik Muhammad Husmal Afzal bin Husin, taklimat penyediaan laporan MYKD & Penarafan Bintang oleh Puan Nurhamizah binti Kamarul Majif, taklimat pengendalian Mesyuarat oleh Puan Noor'azah binti Ali @ Ahmad. Manakala taklimat simulasi mesyuarat pula dikendalikan oleh Puan Noor' azah binti Ali @ Ahmad dan Encik Muhammad Khidir bin Mohd Fauzi daripada ROY Zon Utara.
Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Vincent Tan Chor Lim, Timbalan President Majlis Belia Negeri Pulau Pinang bagi menyempurnakan majlis penutup kursus.
Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Vincent Tan Chor Lim, Timbalan President Majlis Belia Negeri Pulau Pinang bagi menyempurnakan majlis penutup kursus.