Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Perlis 2024
Arau, 6 Julai 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) telah beralih ke Negeri Perlis pada minggu ini. KJOM telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Sharifah Khatreena Nuraniah, MRSM Arau Perlis.
KJOM merupakan sebuah program yang dilaksanakan bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat ROY, pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta atau belia secara umum untuk mendapatkan pandangan berkaitan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) & Pindaan 2019 (Akta A1602) termasuklah pelan transisi kepimpinan belia.

Antara pengisian aktiviti di bawah KJOM adalah Sesi Perkongsian bersama Bank Negara dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Jom Masuk Persatuan oleh Saudara Ts. Jefri Hasan, Presiden Majlis Belia Negeri Perlis, Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan representasi pindaan perlembagaan pertubuhan belia oleh Puan Nurul Sheema binti Kamaruzaman, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YB Tuan Wan Zikri Afdtar bin Ishak, Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Negeri Perlis.
Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu serta pimpinan tertinggi KBS. ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir khususnya kepada semua wakil pertubuhan belia bagi memberikan sokongan pada program ini serta yang hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan khidmat nasihat.