Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Sarawak @ Kuching 2024
Kuching, 4 Ogos 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda @ Kuching telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia terus kepada Kepimpinan tertinggi KBS.
Antara pengisian program ini adalah Forum - Generasi Semakin Palsu, Jom Masuk Persatuan, Sesi Bicara Akta bersama ROY, representasi pindaan perlembagaan pertubuhan dan semestinya sesi townhall bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Bin Abd. Halim, YB Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan En. Ahmad Qadri Bin Basri @ Boseri, Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak.
Pihak ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil pertubuhan belia yang datang memberi sokongan kepada program ini.