Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Sarawak @ Sibu 2024
Kuching, 6 Ogos 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Sarawak telah beralih ke Kota Sibu dan Townhall kedua ini telah diadakan dengan jayanya bertempat di Universiti Teknologi Sarawak, Sibu.
Antara pengisian aktiviti di bawah KJOM adalah Bicara Akta 668 (Pindaan 2019), Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia oleh Encik Syed Mashor, aktiviti best Rakan Muda dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Hadir sama iaitu Pengarah JBS Negeri Sarawak Encik Lamat Anak Nyalau dan Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Encik Iszuan Halroni.
Turut hadir sama pertubuhan-pertubuhan belia yang telah menerima Penarafan Bintang oleh Pejabat ROY dan penyerahan sijil dilakukan sebaik sahaja sesi Townhall YBTM berakhir. Sekalung tahniah diucapkan.
ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir khususnya kepada semua wakil pertubuhan belia bagi memberikan sokongan pada program ini serta yang hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan khidmat nasihat.