Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Sarawak @ Miri
Miri, 8 Ogos 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda @ Miri telah diadakan bertempat di Recreational Hall, Curtin University Malaysia, Miri, Sarawak. Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat ROY, pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta atau belia secara umum untuk mendapatkan pandangan berkaitan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) dan Pindaan 2019 (Akta A1602) termasuklah pelan transisi kepimpinan belia.
Antara pengisian program ini adalah Sesi Perkongsian Jom Masuk Persatuan, Sesi Bicara Akta 668 bersama ROY, Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan, Penyampaian Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli bin Abd. Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan II), Pn. Warzidea Ahmad, Pengerusi SABERKAS Cawangan Pujut serta YB Chiew Choon Man, Ahli Parlimen P219 Miri.
Pihak ROY juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil pertubuhan belia yang datang memberi sokongan kepada program ini.