Kota Kinabalu, 11 September 2021 : Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2021 telah dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian bermula dari jam 8:30 pagi hingga 12:40 tengahari. Penyertaan adalah seramai 152 orang yang diwakili oleh 141 buah kelab tunggal yang berdaftar dan 5 buah pertubuhan  bercawangan. Bengkel ini juga turut disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan di Negeri Sabah.

Sesi taklimat pertama telah disampaikan oleh Encik Badrul Hisham bin Kamaruddin merangkumi topik Pindaan Akta 668 (A1 602) dan Pindaan Perlembagaan. Manakala bagi sesi taklimat kedua telah disampaikan oleh Encik Faizul Rizal bin Mat Saat berhubung topik Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan Star Rating.

Penyertaan daripada pertubuhan belia amat menggalakkan walaupun terdapat kekangan kelancaran talian internet di kawasan masing-masing. Maklum balas dari pertubuhan mencadangkan agar sesi taklimat seperti ini diteruskan dengan lebih kerap dalam dalam usaha memberi pengetahuan dan kefahaman bukan sahaja kepada pertubuhan belia yang baru atau sedia ada, tetapi juga kepada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian. Sesi soal jawab serta komunikasi dua hala secara atas talian ini dilihat sangat membantu dalam mempertingkatkan lagi proses mentadbir urus sesebuah pertubuhan belia dengan lebih sistematik.

Terima Kasih dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti sesi perkongsian ini sehingga selesai.

#teamROY
#teamRoyzonsabah
#BTUsabah2021
#mykd
#pascapindaanakta668

Disediakan oleh:
ROY Zon Sabah