Cheras, 18 Jun 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (IYC). Penyertaan peserta adalah seramai 56 orang daripada 34 pertubuhan belia peringkat kebangsaan, bercawangan dan tunggal.

Program selama satu hari ini meliputi taklimat berkaitan Pindaan Akta 668, pindaan perlembagaan dan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Program BTU ini turut diselitkan dengan Taklimat Pembudayaan Integriti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

  


Program seterusnya diakhiri dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh En. Asmori bin Sa'ahari, Pengarah JBS WP Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Hjh. Siti Nazariah Hj. Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar ROY dan En. Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah JBS WP Kuala Lumpur.

Semoga program BTU ini dapat memantapkan lagi tadbir urus pertubuhan belia yang telah hadir.