Kepala Batas, 2 Jun 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bilik Team Excellence, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Wilayah Utara, Kepala Batas. Penyertaan peserta adalah seramai 34 orang yang melibatkan pemegang jawatan utama daripada 22 buah kelab belia tunggal serta 6 wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah seluruh negeri Pulau Pinang.

 
 


Program selama satu hari meliputi taklimat berkaitan Pindaan Akta 668, pindaan perlembagaan dan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang disampaikan oleh Puan Koh Mei Ching dan Encik Shahrul Azmin Bin Roslan. Program BTU ini turut diselitkan dengan Taklimat Pembudayaan Integriti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang yang disampaikan oleh Tuan Azlizam Jahari.

Program diakhiri dengan penyampaian cerderahati oleh wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Cik Natrah Binti Esa kepada penceramah SPRM Negeri Pulau Pinang, Tuan Azlizam Jahari ROY HQ, dan peceramah daripada ROY HQ. Majlis turut diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan seterusnya menutup rasmi program.

Semoga program BTU ini dapat menggerakkan pertubuhan belia di Pulau Pinang dengan cara yang cekap dan efisyen.

Disediakan oleh, ROY Zon Utara