MELAKA, 2 Januari 2019 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah menerima kunjungan Kelab Belia Progresif Seri Kesang dari Jasin, Melaka. Kunjungan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penghantaran pelapoaran tahuanan secara atas talian, perkara-perkara berkaitan penyata kewangan, fasal-fasal berkaitan perlembagaan pertubuhan belia dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Bermula 1 Jun 2018, penghantaran pelaporan tahunan iaitu Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan permohonan pindaan perlembagaan boleh dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem eROYV2 di pautan https://eroyv2.gov.my Pertubuhan belia disarankan merujuk perlembagaan pertubuhan belia dan memahami intipati Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) agar segala aktiviti, perancangan dan urustadbir pertubuhan belia tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable