9 Januari 2019, Putrajaya - Bertempat di Ibu Pejabat ROY, Pendaftar Pertubuhan Belia hari ini telah dikunjungi oleh barisan pimpinan Majlis Belia Malaysia.Kunjungan yang diketuai oleh Presiden MBM iaitu En.Jufitri Johar turut dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM iaitu En.Hasnul Haniff Harun.Sesi pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan hala tuju MBM yang kini diterajui oleh pimpinan terbaharu.

Disamping itu, hubungan kerjasama dengan ROY dalam usaha memperkasakan pertubuhan belia di Malaysia dapat dipereratkan lagi. Semoga pertemuan seperti ini dapat diadakan secara berkala agar ianya dapat menjadi platform bertukar pendapat dan idea demi melestarikan lagi pertubuhan belia di Malaysia.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable