Semua pertubuhan belia yang telah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 hendaklah memohon untuk didaftar di bawah Akta ini:
Semua pemimpin dan ahli pertubuhan belia yang akan didaftar di bawah Akta ini hendaklah berumur tidak kurang lima belas tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun
Pertubuhan belia perlu meminda perlembagaan masing-masing setakat yang tidak bersesuaian dengan peruntukan di bawah Akta ini
Sehingga pendaftarannya diluluskan di bawah Akta ini, sesebuah pertubuhan belia tersebut disifatkan masih berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan boleh terus bergiat aktif
Undang-undang khusus mengenai pertubuhan belia dan pembangunan belia belum wujud lagi di negara ini bahkan juga di negara-negara lain. Ini membuktikan betapa kerajaan amat prihatin dan mengambil berat mengenai pembangunan golongan belia di negara ini.
Akta ini perlu dalam memperkasa pertubuhan belia supaya mampu menarik lebih ramai golongan muda bergiat aktif dalam pertubuhan belia. Akta ini penting bagi memastikan bahawa pertubuhan belia tetap relevan dalam pembangunan negara menerusi suatu sistem pengurusan dan pemantauan yang lebih teratur.
Akta ini juga akan dapat membantu dalam menggerakkan agenda pembangunan belia agar lebih bersepadu, selaras dan bersinergi dengan memberi penekanan terhadap pengurusan pembangunan belia yang berasaskan proses perundingan menyeluruh serta pendekatan pembangunan belia berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R & D).
”Pertubuhan Belia” bermaksud mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mempunyai perkataan ”belia” atau seumpamanya yang membawa maksud golongan belia dalam nama pertubuhan tersebut
kesemua ahlinya hendaklah berumur tidak kurang lima belas tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun
mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia
Tafsiran tersebut adalah berdasarkan tafsiran ”belia” mengikut Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) dan telah diguna pakai semenjak tahun 1985 lagi. Tafsiran yang berasaskan umur ini dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor seperti tahap kematangan, fakta sejarah, psikologi, ekonomi, politik serta sosio budaya golongan belia itu sendiri. Untuk perbandingan, tafsiran ”belia” bagi negara-negara lain adalah seperti berikut :
a. Singapura - 15 hingga 30 tahun
b. Brunei Darussalam - 15 hingga 35 tahun
c. Bandladesh - 15 hingga 30 tahun
d. Pakistan - 18 hingga 30 tahun
e. Sri Lanka - 15 hingga 29 tahun
f. Hong Kong - 10 hingga 24 tahun
Akta ini merupakan satu undang-undang khusus di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia:
untuk mendaftar pertubuhan belia
menggalakkan aktiviti pembangunan belia
memperkemas sistem penyampaian dalam pembangunan belia
"Belia" ditafsirkan di bawah Akta ini sebagai seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun.
1. Buka URL https://eroyv2.gov.my/
2. Klik pada Pautan Pengguna Baru.
3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan Klik DAFTAR.
4. Email pengaktifan akaun akan dihantar secara automatik ke alamat email yang dimasukkan.
5. Klik pada Link Pengaktifan di dalam email dan ikuti arahan yang dipaparkan.
1. Buka URL https://eroyv2.gov.my/
2. Klik pada Pautan sistem eroy hubungi kami.
3. Masukkan nama, dan email yang didaftarkan, mesej / aduan/komen dan Klik HANTAR.
4. Email menukar katalaluan akan dihantar secara automatik ke alamat email yang dimasukkan.
5. Klik pada Link Pengaktifan di dalam email dan ikuti arahan yang dipaparkan.
Lazimnya bagi pertubuhan yang tidak mempunyai sebarang isu/perkara yang mencurigakan akan selesai diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.
Pertubuhan boleh menggunakan nama dalam Bahasa Inggeris, tetapi juga dinasihatkan untuk mempunyai nama dalam Bahasa Malaysia.
Pertubuhan berdaftar boleh mengutip derma/sumbangan dari agensi Kerajaan. Bergantung kepada agensi tersebut untuk memberikan sumbangan/derma tersebut.
-Had kewangan (perbelanjaan) pertubuhan adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan pertubuhan masing-masing.
-Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 hanya memerlukan pertubuhan menyatakan sumber, kadar yuran, had/kuasa perbelanjaan/pegangan sahaja.
ROY tidak menyediakan dana/geran kepada pertubuhan belia yang didaftarkan.
Pertubuhan yang tidak memenuhi ciri-ciri pertubuhan boleh dibatalkan kerana tidak wujud lagi.
Pertubuhan Belia boleh mengemukakan permohonan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan.
Aras 4, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Phone: 03-88810842/1284
Fax: 03-88810058
Email: roy_hq@kbs.gov.my
Best viewed at 1920x1080 high resolution with HTML5 browser such as Chrome, Firefox, Safari and Brave.
Number of Visitors :
Copyright © 2020 ROY. Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat & Portal BPM/KBS.