|
| SELAMAT HARI RAYA |
| 07/10/2008 |
| Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFIRTI. MAAF ZAHIR DAN BATIN |
|
| Satu Pertubuhan Belia Baru. Majlis Belia Felcra |
| 11/08/2008 |
| Bertempat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya telah diadakan satu perjumpaan dan perbincangan bersama mengenai rancangan FELCRA untuk menubuhkan Majlis Belia FELCRA. Idea penubuhan itu bertujuan untuk menyatukan belia-belia yang tinggal di FELCRA agar mereka dapat dididik menjadi suatu modal insan yang cemerlang dan sempurna. Banyak maklumat telah bertukar pandangan dan ianya menjadi satu pentanda positif kepada FELCRA untuk menjayakan penubuhan persatuan belia di FELCRA. |
|
| Mesyuarat Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bersama Pejabat Pendaftar |
| 04/08/2008 |
| Bertempat di Pahang Development Skill Center, Pahang, suatu Majlis Perjumpaan bersama Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bersama Pendaftar telah diadakan. Dalam majlis tersebut, banyak isu-isu pendaftaran yang timbul. Segala masalah telah diselesaikan dengan perbincangan diantara dua belah pihak dan isu pendaftaran semula kesemua Majlis Belia Daerah di Negeri Pahang akan diselesaikan secepat mungkin |
|
| Penyerahan Sijil Majlis Belia Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah Kuantan |
| 04/08/2008 |
| Berita mengembirakan apabila Pahang merupakan Majlis Belia Negeri yang kedua dan diikuti Majlis Belia Daerah Kuantan antara daerah Pahang yang pertama lulus pendaftaran di ROY. Sempena dengan Majlis Perjumpaan Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah penyampaian sijil pendaftaran diserahkan kepada wakil Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah melalui wakil Pejabat Pendaftar yang hadir bersama majlis tersebut |