Kuala Terengganu, 31 Mei 2020 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur menerima kunjungan daripada Setiausaha Kelab Belia Sahabat Sejahtera Kampung Sungai Derhaka En. Mohd Syamil bin Alwi.

Beliau menghantar borang PB01 setelah mendapat kelulusan pertubuhan kelab secara atas talian oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Encik Jamaludin Bin Abdullah telah memberi garis panduan dan nasihat berkaitan pengurusan kelab terutamanya berkaitan penghantaran laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang perlu dihantar pada setiap tahun. Penjarakan sosial tetap diutamakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

Disediakan Oleh:
Pejabat ROY Zon Timur