27 Mac 2021, Temerloh: Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri Pahang telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada 17 Pertubuhan Belia Tunggal dari seluruh daerah di Negeri Pahang dan wakil daripada Majlis Belia Daerah Temerloh. Para peserta terdiri daripada pemegang jawatan Pengerusi, setiausaha dan bendahari Pertubuhan Belia. Sesi Dialog Pendaftar bersama Pertubuhan Belia Negeri Pahang dapat menambahkan perkongsian pengetahuan berkaitan urus tadbir pertubuhan belia.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang Encik Mu’azamir Bin Haji Jili dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh Encik Husyin Bin Abd Murat. Diakhir bengkel turut diadakan majlis penyerahan sijil penarafan bintang (Star Rating) kepada persatuan belia yang mendapat 3 dan 4 bintang serta penyampaian sijil kepada 3 Kelab Belia Tunggal yang telah lulus permohonan pendaftaran dengan ROY.

Disediakan oleh:
ROY Zon Timur