Merlimau Jasin, 3 April 2021 | Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan secara anjuran bersama dengan Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021 bertempat di Seri Chendana Resort, Merlimau. Bengkel ini telah disertai seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada Badan-Badan Gabungan pertubuhan belia di negeri Melaka dan pertubuhan belia /kelab belia tunggal yang baru menerima sijil perakuan pendaftaran dari ROY. Taklimat pindaan perlembagaan, proses dan fasal yang boleh dipinda dan pasca pindaan Akta 668 [A1602] telah disampaikan oleh En Azlan Bahrin dari Cawangan Pendaftaran manakala taklimat penyediaan pelaporan MYKD dan penilaian “Star Rating” disampaikan oleh En Badrul Hisyam Kamaruddin dari Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan.

Diakhir sesi, En Badari Awang Damit, Tuan Pendaftar PPBM turut menyampaikan sesi konsultansi bagi menjawab persoalan serta isu-isu berkaitan ROY khususnya tentang MYKD (Maklumat Yang Kena Diberi) dan program Star Rating. Encik Muhammad Abdul Hafiz Amin, Timbalan Pengarah Belia JBS Melaka mewakili En Noorman Ramlan, Pengarah Jab.Belia dan Sukan Negeri Melaka turut hadir berkongsi informasi denganmenyampaikan maklumat takwim program/ aktiviti Jab.Belia dan Sukan Negeri Melaka agar dapat disertai oleh pertubuhan Belia yang hadir.

Disediakan oleh:
ROY Zon Selatan