Putrajaya, 26 Ogos 2021
: Sesi Bengkel Penyeliaan Berkesan Ke Atas Pertubuhan Belia Siri III/ 2021 telah diadakan dengan jayanya. Seramai 60 orang Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Pembantu Pegawai Belia dan Sukan di negeri dan daerah bagi Negeri Perak, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah hadir secara maya bagi memberikan sokongan terhadap pelaksanaan bengkel ini.

Antara tujuan utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai tentang tadbir urus pertubuhan belia dan peranan mereka sebagai penyelia ke atas pertubuhan belia di peringkat masing-masing. Peceramah yang terlibat pada kali ini adalah Puan Siti Rosmawati binti Abd Rafor dan Encik Badrul Hisham bin Kamaruddin daripada Ibu Pejabat ROY Putrajaya.

Melalui Sesi Dialog Bersama Tuan Badari Ag. Damit, Pendaftar Pertubuhan Belia, telah berkongsikan pengalaman dan memberikan pemahaman yang lebih jelas akan peranan Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Pembantu Pegawai Belia dan Sukan ketika berhadapan dengan pertubuhan belia. Pendaftar juga menyeru agar semua dapat bersama-sama dalam membantu agenda pembangunan belia sehingga ke peringkat akar umbi. Ini adalah bagi meningkatkan lagi pool of talent dalam kepemimpin pelapis pertubuhan belia kelak dan membolehkan proses transisi kepimpinan dapat dilaksanakan dengan lancar.