Labuan, 4 September 2021
: Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2021 telah dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian bermula dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari.  Penyertaan bengkel pada kali ini telah mendapat sambutan dan sokongan seramai 48 orang pemegang jawatan daripada 20 buah pertubuhan yang terlibat. Ceramah telah disampaikan oleh pegawai daripada ibu pejabat ROY,  Puan Koh Mei Ching (Cawangan Pendaftaran) dan Encik Faizul Rizal bin Mat Saat (Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan) yang telah memberikan input berkaitan topik utama bagi kedua-dua cawangan berkenaan.

Maklumbalas dari pertubuhan mencadangkan agar sesi seperti ini diteruskan dengan lebih kerap dalam usaha memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pertubuhan belia samada yang baru atau yang telah sedia ada. Sesi soal jawab dan komunikasi dua hala ini dilihat sangat membantu dalam proses mentadbir urus sesebuah pertubuhan belia dengan lebih teratur.

Terima kasih kepada Ibu Pejabat ROY atas kerjasama, pengkongsian dan sokongan kepada zon-zon dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan program dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan oleh:
ROY Zon Sabah