BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR
- Super User
- Berita ROY
- Jumlah paparan: 705


Larkin, 16 Julai 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Penyertaan peserta adalah seramai 33 orang yang melibatkan pemegang jawatan utama daripada 20 buah pertubuhan belia tunggal dan bercawangan.

Bengkel turut dilengkapi dengan nilai tambah kepada semua peserta melalui Taklimat Pembudayaan Integriti yang telah disampaikan oleh Pn. Noremilia binti Rosla dari Unit Integriti, KBS dan juga sesi perkongsian pengalaman kejayaan dalam mengendalikan pertubuhan belia oleh En. Muhamad Nazri bin Yusuf yang merupakan mantan Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 2 yang juga merupakan bekas pemenang pelbagai anugerah pertubuhan belia dan kepimpinan termasuk Anugerah Perdana Belia Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri Johor.
Program BTU ini turut diserikan dengan Penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran kepada 3 pertubuhan belia yang baru diluluskan pendaftaran iaitu Kelab Belia Anak Bukit Gambir, Kelab Belia Rahmah Sejagat Senggarang dan Kelab Anak Muda Muafakat Batu Hampar. Majlis Penutup Program telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Md Shariff, Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Majlis turut dihadiri oleh En. Mohamad Hussain bin Mohamad Rashid, Pegawai Unit Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mewakili pihak JBS Negeri Johor. Majlis diakhiri dengan penyerahan Sijil Penyertaan kepada semua peserta. Semoga program BTU ini dapat meningkatkan kefahaman peserta dan seterusnya memantapkan lagi tadbir urus pertubuhan belia.
Disediakan oleh,
ROY Zon Selatan