Selamat Datang! ;) //

      

Fungsi Agensi & Fungsi Cawangan

Fungsi Agensi

Mendaftar dan menyelaras urusan berkaitan pendaftaran pertubuhan belia.

Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Mengawal selia hal-hal berkaitan pengurusan pertubuhan belia.

Mengeluarkan peraturan dan garis panduan pengurusan pertubuhan belia.

Menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam pertubuhan belia.

Fungsi Cawangan

Cawangan Pendaftaran

  • Memproses permohonan pendaftaran pertubuhan belia
  • Memproses permohonan berkaitan pertukaran/pindaan  nama, alamat, bendera dan             logo.
  • Memproses permohonan pindaan perlembagaan dan carian maklumat
  • Mengeluarkan perakuan pendaftaran bagi pertubuhan belia yang telah didaftarkan
  • Mengurus dan mengemaskini rekod, data dan maklumat pendaftaran pertubuhan                   belia. (Termasuk Sistem Pendaftaran Pertubuhan Belia – eROY)
  • Menyediakan statistik berkala mengenai pertubuhan belia berdaftar.





Cawangan Penyelarasan & Pemantauan

  • Menyedia Peraturan Garis Panduan Berkaitan Pengurusan Pertubuhan Belia
  • Memberi Khidmat Nasihat dan Bimbingan
  • Urusetia Panel Penyelesaian Pertikaian
  • Menyelaras Program Latihan dan Pembangunan Pertubuhan Belia
  • Menjalankan Kajian ke Atas Perkara Berhubungkait dengan Akta Pertubuhan Belia                dan  Pembangunan Belia 2007.
  • Merancang dan Melaksana Pendekatan Kawal Selia ke atas Pertubuhan Belia
  • Memantau Pengurusan dan Perjalanan Pertubuhan Belia Selaras dengan Kehendak              Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
  • Menjalankan Siasatan Berhubung Tindakan dan Praktis Bercanggah Dengan Akta                   Dalam Pertubuhan Belia
  • Memulakan Prosiding Untuk Mengecaj Kes-Kes Berkaitan Di Mahkamah
  • Menjalankan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pertubuhan Belia dan Menyiasat Aduan-          Aduan ResmiMenyelaras Urusan Berkaitan Amaran, Penggantungan dan Pembatalan            Pendaftaran Pertubuhan Belia

Cawangan Pengurusan

Pentadbiran

Menguruskan dan Merekodkan Permohonan Cuti Kakitangan

Menguruskan Permohonan Penggunaan Kenderaan termasuk Mendaftar Penggunaan Kad Touch N Go dan Kad Inden Minyak

Menyediakan Laporan Perakam Waktu Menerima, Mendaftar dan Mengedar Surat-Surat Terima dan Surat-Surat Keluar

Menyelenggara Sistem Fail Pejabat

Menguruskan Persediaan Mesyuarat

Kewangan

Menguruskan Permohonan Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Untuk Pejabat PPPB

Menguruskan Bayaran Bagi Setiap Bil, Invois dan Kontrak Kepada Pembekal / Kontraktor

Menguruskan Penerimaan, Pendaftaran dan Pengagihan Bekalan Pejabat, Bekalan Aset Alih Kerajaan

Menguruskan Pelupusan Aset Alih Kerajaan

Menubuhkan Jawatankuasa dan Menyediakan Laporan Kewangan

Bertanggungjawab Atas Segala Pertanyaan Naziran Atau Audit Berkaitan dengan Kewangan 

Latihan

Memastikan setiap kakitangan mendapat latihan dan merekod latihan dalam buku perkhidmatan dan menyediakan laporan latihan kakitangan.