Selamat Datang! ;) //

      

Latarbelakang Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Latarbelakang

Penubuhan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia berkait rapat dengan kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan fungsinya untuk mentadbir Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Draf Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 telah dibaca buat kali pertama di Parlimen pada 12 Disember 2006 dan kali kedua pada 8 Mei 2007. Seterusnya diluluskan di Dewan Negara pada 23 Mei 2007.

Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan mula berkuatkuasa pada 31 Disember 2007.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah memulakan operasi sebagai sekretariat akta pada 1 Januari 2007 dengan pewujudan "Core Team" yang diketuai oleh seorang Pemangku Pendaftar.

Visi

Menjadikan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sebuah organisasi yang cekap, berkesan, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memastikan pertubuhan belia di Malaysia bergerak secara efektif, beretika dan berdaya saing.

Misi

Memastikan pengurusan dan kawal seliaan ke atas pertubuhan belia dilaksanakan secara adil, telus, efektif dan mesra belia.

Objektif

Objektif Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ialah untuk memastikan pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan PembangunanBelia 2007 bergerak secara lebih efisyen dan efektif sejajar dengan matlamat pembangunan belia serta peruntukan dalam Akta.