- Seksyen 25, Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 memperuntukkan bahawa harta pertubuhan belia yang dibatalkan akan dikendalikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
- Oleh itu, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah meneruskan dengan penggulungan urusan hal ehwal dan mengendalikan hutang/harta pertubuhan tersebut.
Terdapat 2 jenis pertubuhan yang boleh didaftarkan:
i. Pertubuhan induk tidak bercawangan.
ii. Pertubuhan induk bercawangan.
Terdapat 3 peringkat pertubuhan yang boleh didaftarkan:
i. Kebangsaan (AJK Penaja/ahli hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada 7 negeri berbeza).
ii. Negeri (AJK Penaja/ahli terdiri dari negeri yang sama tetapi mengandungi sekurang-kurang separuh dari jumlah daerah di negeri tersebut).
iii. Lain-lain (termasuklah peringkat daerah, mukim dan lain-lain).
Mana-mana pergerakan yang mempunyai ciri-ciri pertubuhan perlu berdaftar agar aktiviti yang dijalankan adalah sah disisi undang-undang dan tidak dikategorikan sebagai pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.terdapat sekurang-kurangnya tujuh (7) orang atau lebih yang ingin menjalankan aktiviti belia.
Pertubuhan boleh didaftarkan di https://eroyv2.gov.my/ pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.
Jawatankuasa Penaja yang dianggotai oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) orang adalah bertanggungjawab mendaftarkan pertubuhan. Manakala pendaftaran melalui Sistem eROYv2 hendaklah dilakukakan oleh setiausaha (penaja) pertubuhan.
Setiap pertubuhan berdaftar hendaklah menyedia, menyimpan dan menyelenggara rekod- rekod pertubuhan mengikut ketetapan perlembagaannya dengan kemas, teratur dan boleh diakses iaitu:
i. Perlembagaan;
ii. Buku daftar ahli;
iii. Buku yuran ahli;
iv. Buku tunai/jurnal/lejar am;
v. Buku resit/baucer bayaran;
vi. Minit mesyuarat;
vii. Surat diterima/dihantar;
viii. Lain-lain dokumen berkaitan pertubuhan.
Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) merupakan satu bentuk pelaporan tahunan yang wajib dikemukakan oleh pertubuhan belia berdaftar sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22 Akta 668
Dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) perlu diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) atau 60 hari selepas berakhir tahun kalendar sekiranya tiada pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22 Akta 668.
Semua pemegang jawatan dalam pertubuhan belia serta mereka yang mengurus atau membantu menguruskan pertubuhan tersebut.
Kegagalan mengemukakan MYKD boleh mengakibatkan pertubuhan belia tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.
Boleh, dengan menggunakan sub modul MYKD pada sistem eroyV2 bagi pengguna yang berdaftar.
Sebarang pertikaian dalaman perlu dirujuk dan diselesaikan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pertikaian Dalaman sepertimana yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan pertubuhan sebelum dirujuk kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Objektif Penarafan Bintang “Star Rating” adalah untuk;
(i) menilai dan mengukur prestasi pertubuhan belia supaya berada pada tahap yang cemerlang mengikut peringkat;
(ii) memberi pengiktirafan secara formal kepada pertubuhan belia yang cemerlang mengikut peringkat;
(iii) memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan baik yang perlu dilaksanakan dalam pembangunan pertubuhan belia; dan
(iv) menggalakkan persaingan sihat dikalangan pertubuhan belia.
Kaedah penarafan keaktifan pertubuhan belia berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) melalui Sistem Star Rating tersebut adalah berasaskan kepada 5 komponen utama (core element) MYKD yang dilaporkan setiap tahun kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) iaitu;
(i) Mesyuarat agung tahunan
(ii) Keahlian
(iii) Kewangan
(iv) Aktiviti
(v) Ahli Jawatankuasa
Tidak, Sebarang rayuan hendaklahlah dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 30, Akta 668.
Pemegang jawatan terlibat tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang lain tanpa kebenaran bertulis Pendaftar seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 88, Akta 668.
Aras 4, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Phone: 03-88810842/1284
Fax: 03-88810058
Email: roy_hq@kbs.gov.my
Paparan Terbaik pada resolusi tinggi 1920x1080 dengan pengimbas HTML5 seperti Chrome, Firefox, Safari dan Brave.
Jumlah Pengunjung :
Copyright © 2020 ROY. Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat & Portal BPM/KBS.