Mulai 1 Jun 2018, penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) & Permohonan Pindaan Perlembagaan Pertubuhan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online).

Sempena Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini, pertubuhan belia diharap dapat lebih proaktif dan kreatif serta menggunakan pendekatan baharu bagi menarik minat generasi muda untuk berpersatuan. Berpersatuan bukan sahaja dapat membentuk kepimpinan, penglibatan dalam persatuan juga dapat membina dan membentuk keperibadian, jati diri serta membantu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran semasa dan menangani cabaran yang mendatang.

Program Sembang Santai Belia Pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak bersama Kelab Belia Kampung Empila Kota Samarahan di Balai Raya Kg. Empila. Sesi ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan perkongsian berkaitan pengurusan sesebuah kelab serta proses pendaftaran melalui Sistem Online eROY. Sebelum sesi dialog oleh En. Sharbini Golong dimulakan, turut hadir memberikan ucapan adalah Pn Fatimah Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan jalinan hubungan kerjasama antara belia setempat dan Pejabat ROY serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.

Sekalung tahniah buat YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan yang telah dianugerahkan Anugerah Perdana CEUPACS di atas kecemerlangan beliau sebagai Ketua Setiausaha termuda dan juga Ikon Penjawat Awam Muda dalam perkhidmatan awam Malaysia.

PUTRAJAYA, 29 Mac 2018 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Junior Chamber International (JCI) Malaysia yang diketuai oleh En Kelvin Chew, National Presiden bersama-sama kepimpinan baharu disambut oleh Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia bagi membincangkan mengenai urus tadbir Pertubuhan serta memberikan perkongsian berkaitan status terkini JCI Malaysia.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable