MELAKA, 8 OGOS 2016 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan hari ini menerima kunjungan daripada Encik Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali dari Majlis Gabungan Belia Melaka.

Kunjungan ke ROY Zon Selatan itu bertujuan untuk mendapatkan informasi berkaitan peranan dan fungsi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Undang-undang Malaysia, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Pelbagai isu lain turut dibangkitkan semasa perjumpaan tersebut. Antaranya ialah perbincangan berkaitan takrifan umur belia, pindaan takrifan umur belia baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2018, permasalahan pertubuhan belia di Melaka, pertubuhan belia yang dibatalkan dan carian maklumat pertubuhan belia

Merujuk seksyen 122, Kesalahan am, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara khusus apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit. Merujuk Seksyen 16(2) Undang-undang Malaysia, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), tiada seorang pun, selain seorang yang Pendaftar berpuas hati merupakan anggota suatu pertubuhan belia berdaftar, boleh memeriksa atau mendapatkan daripada Pendaftar akaun pertubuhan belia itu atau salinannya.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung sesuatu masalah yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

 

Oleh: ROY Zon Selatan 

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable