MELAKA, 05 OGOS 2016 – Bertempat di Auditirioum Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, telah diadakan Ceramah Agama Mingguan anjuran Kerajaan Negeri Melaka bertajuk Antara Usia dan Ibadah. Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Khairuddin Bin Abu Khair, Pegawai Khas, Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Melaka.

Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh penceramah ialah umur yang dipinjamkan merupakan amanah yang paling besar yang perlu dijaga. Kita hendaklah sentiasa bersyukur walaupun dilahirkan dengan kecacatan, kesusahan, kesenangan dan kesulitan. Ini kerana ianya merupakan ujian di dunia oleh Yang Maha Esa yang tidak akan kekal selama-lamanya. Orang yang bersyukur akan sentiasa mendapat ketenangan. Taktala kita dilahirkan di dunia sehinggalah menghadapi kematian, sudah ada perjanjian dengan Pencipta dan 2 malaikat telah ditugaskan untuk mencatat segala amalan-amalan kita.

Kita sentiasa melakukan dosa tanpa disedari dan hendaklah sentiasa memohon keampunan. Orang yang berakal akan sentiasa bermuhasabah diri, mengkaji kelemahan dan kekurangan diri, mengurangan keseronokan dunia, tidak berdukacita sekiranya tidak mencapai sesuatu di dunia dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Pencipta. Hidup dan mati kita di dalam ibadah iaitu di dalam agama Islam.

Ceramah ini telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai jabatan dan agensi di negeri Melaka. Turut hadir kakitangan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan.

 

Disediakan oleh : ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable