MELAKA, 02 JUN 2017 – Bertempat di Auditirioum Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, telah diadakan Ceramah Agama Mingguan anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka bertajuk ‘Berpuasa Dari Pelbagai Sudut’. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Hashim Bin Hamzah, Pegawai Agama Penjara Sungai Udang.

Program dimulai dengan bacaan ayat Al-Quran dan terjemahan Surah Luqman ayat 27-31. Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi meraka yang tahu dan menghayatinya. Apa yang diperintah Allah s.w.t. pasti ada ganjaran yang menanti daripada Allah s.w.t.

Antara fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak, malah memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia. Pintu langit dibuka dan pintu syurga dibuka. Hayatilah kelebiihan-kelebihan berpuasa agar kita sempurna di dunia dan akhirat. Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik, racun dari badan dan secara langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Puasa bukan sahaja dapat melawan penyakit, bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Ceramah ini telah dihadiri peserta dari pelbagai jabatan.Turut hadir, wakil dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan.

 

Oleh : ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable