MELAKA, 09 JUN 2017 – Bertempat di Auditirioum Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, telah diadakan Ceramah Agama Mingguan anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka bertajuk ‘Fadhilah Ramadhan’.

Ceramah telah disampaikan oleh pendakwah jemputan, Ybhg Datuk Hj. Abd Rahim Bin Khalik Al-Hafiz.

Program dimulai dengan bacaan ayat Al-Quran dan terjemahan Surah Luqman ayat 32-34. Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam. Ia bulan yang mulia, memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat serta masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan ialah pintu langit dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga dan dimakbulkan permintaanya oleh Allah S.W.T. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak dan mendapat peliharaan Allah S.W.T. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga dan setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Ceramah ini telah dihadiri peserta dari pelbagai agensi dan jabatan.Turut hadir, wakil dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan.

 

Oleh : ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable