Sabah, 7 Jun 2017 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ( ROY ) Zon Sabah telah menerima kunjungan empat orang wakil daripada Kampung Pantai Emas, Kota Belud Sabah.

Kunjungan Encik Madzalani bin Abdil, Encik Muslimin bin Medzai, Encik Hasim bin Sulaiman dan Encik Rajmikhan bin Adsin adalah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut berhubung penolakkan kelab belia yang mereka telah daftarkan sebelum ini.  Puan Suzirani telah memberi penerangan berhubung isu penolakkan Kelab Belia Intelek Pantai Emas Kota Belud pada 29.12.2016 adalah kerana kelab tidak menjawab kuiri dalam tempoh yang ditetapkan.

Encik Madzalani telah menyatakan untuk mendaftarkan semula kelab belia tersebut.  Puan Suzirani telah memberi penerangan berhubung pendaftaran, ahli jawatankuasa kelab, had umur ahli dan perkara-perkara yang berkaitan.  Keempat-empat wakil telah berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan.

ROY Zon Sabah sentiasa mengalu-alukan kedatangan persatuan/kelab belia bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan Akta 668.

 

Disediakan Oleh : ROY Zon Sabah

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable