Kota Kinabalu, 19 Jun 2017 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah hari ini menerima kunjungan daripada wakil Angkatan Belia Kalabakan Daerah Tawau (ABK). Kunjungan Encik Andy Muhd bin Bandy selaku Pengerusi Persatuan ke ROY Sabah adalah untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi Angkatan Belia Kalabakan Daerah Tawau (ABK).

Angkatan Belia Kalabakan Daerah Tawau (ABK) merupakan badan gabungan yang keempat ditubuhkan di Sabah. Tahun sebelum ini, Sabah masih tidak mempunyai sebarang badan gabungan.  Bermula pada tahun 2017, wakil-wakil pertubuhan belia di Sabah semakin giat membentuk pertubuhan gabungan. Tujuan utama penubuhan badan gabungan tersebut adalah bagi melengkapkan syarat untuk penubuhan Majlis Belia Daerah yang juga masih belum diwujudkan di Sabah.

ROY Zon Sabah sentiasa mengalu-alukan kedatangan persatuan belia bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan Akta 668 dan juga kaedah pembentukan sesebuah pertubuhan. Sijil Pendaftaran ABK disampaikan oleh Pegawai ROY Zon Sabah iaitu Puan Zuzirani Muamat.

 

Disediakan Oleh : ROY Zon Sabah

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable