PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2018 –Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah menyeru agar belia mendaftar dan melibatkan diri dalam pertubuhan belia yang sedia ada bagi menyokong dasar dan program pembangunan belia yang telah direncanakan oleh Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KBS akan sentiasa menyokong perlaksanaan pelbagai program yang dapat memenuhi aspirasi dan keperluan generasi muda pada hari ini. Generasi muda disaran memberi komitmen tinggi dalam aktiviti berpersatuan untuk memantapkan jati diri dan menimba pengalaman tentang kepimpinan dalam organisasi.

Bagi menggalakkan belia berpersatuan, kesedaran mengenai faedahnya perlu disebarkan kepada masyarakat. Antara faedah berpersatuan ialah membina peribadi belia, menimba pengalaman kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan dan membantu belia menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup.

Belia Malaysia perlu sedar bahawa masyarakat dunia memberikan perhatian kepada pemimpin muda. Belia di Malaysia sewajarnya menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk menjadi bakal pemimpin dan anggota masyarakat yang berguna serta bebas dari sebarang masalah sosial.

Sementara itu di Pejabat ROY Zon Tengah hari ini telah menerima kunjungan daripada Setiausaha Kelab Belia Dinamik Selayang Baru. Dokumen lengkap pertubuhan telah dihantar bagi tujuan pengeluaran Sijil Pendaftaran Pertubuhan.


Disediakan Oleh : ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable