2 November 2020, Sarawak - Kelab Belia Bagas Bandar Bintulu telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak yang diketuai oleh Cik Debbie Gibson Anak Medan,Pengerusi Penaja kelab tersebut.

Kunjungan ini bertujuan bagi mendapatkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kelab Belia yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Kelab tersebut juga telah diberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat mengenai pengurusan organisasi yang teratur dan sistematik. Turut dimaklumkan agar Kelab melaksana Mesyuarat Agong pertama bagi mengesahkan AJK terkini kelab tersebut serta membolehkan aktiviti dilaksanakan dan  kewangan kelab diwujudkan. ROY turut menggalakkan ahli-ahli kelab bergiat aktif dan mengadakan jalinan kerjasama dengan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.

Disediakan oleh:

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak