Kuala Terengganu 26 Oktober 2020 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur dikunjungi oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Sahabat Sejahtera diketuai oleh Encik Mohamad Yusof Bin Abdullah selaku Pengerusi persatuan yang baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Agung Pertama.

Tujuan Pengesahan Jawatankuasa Terkini selepas sahaja Lulus Pendaftaran Pertubuhan Belia. Kunjungan kali ini lebih kepada penyelarasan penghantaran MYKD dan juga penyelarasan berkaitan beberapa pindaan di dalam perlembagaan, semoga persatuan ini terus maju jaya dan dapat memberi manfaat kepada golongan belia di Negeri Terengganu khususnya.

Disediakan oleh:

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur