PUTRAJAYA, 29 Mac 2018 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Junior Chamber International (JCI) Malaysia yang diketuai oleh En Kelvin Chew, National Presiden bersama-sama kepimpinan baharu disambut oleh Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia bagi membincangkan mengenai urus tadbir Pertubuhan serta memberikan perkongsian berkaitan status terkini JCI Malaysia.


Sesi pertemuan ini juga turut membincangkan mengenai isu-isu berkaitan Seksyen 7(3) Akta 668 dan lain-lain perkara berkaitan dengan pertubuhan. Para pegawai turut memberikan nasihat dan pandangan mengenai beberapa perkara yang dilihat perlu ditambahbaik.

Pendaftar juga menyahut baik usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JCI dalam pembangunan dan pemerkasaan golongan muda untuk mewujudkan perubahan positif. JCI Malaysia merupakan badan gabungan kepada Majlis Belia Malaysia menyokong Matlamat Pembangunan Lestari atau dalam bahasa Inggerisnya, Sustainable Development Goals (SDGs) yang telah menjadi agenda global apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperkenalkan 17 matlamat yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030.

Delegasi JCI Malaysia turut dihadiri oleh kepimpinan baharu yang sentiasa bergerak aktif dan pada tahun ini akan mereka juga akan melaksanakan 2nd Year JCIM Sustainable Development Award terbuka kepada all semua syarikat (Large Corporation, Micro, Partnership, SMEs, MNCs, GLCs) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan / pertubuhan bukan berasaskan keuntungan serta kumpulan Universiti.

Kunjungan JCI ke Pejabat ini bukanlah pertama kali dan Pejabat ini sentiasa mengalu-alukan kunjungan pertubuhan belia yang lain. Pertubuhan belia mampu merapatkan hubungan di antara masyarakat dan kerajaan melalui perkongsian idea serta maklum balas berkaitan keperluan komuniti. Pertubuhan belia adalah rakan kongsi yang penting buat kerajaan khususnya bagi membantu melihat ruang yang sukar untuk dicapai bagi menyampaikan maklumat

Disediakan oleh :
Nor Azhani Abd Hazis
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable