Johor Bahru, 21 Julai 2018 - Bertempat di Bilik Permata, Y-Centre, UTC Johor, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Bengkel Intensif e-ROY Peringkat Negeri Johor 2018.

Program dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai tadbir urus pertubuhan belia, memberi pendedahan dan latihan berkaitan penghantaran pelaporan tahunan iaitu Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara atas talian menerusi Sistem  e-ROY dan proses pindaan perlembagaan serta mewujudkan komunikasi dua hala antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (PPPB) dengan pertubuhan belia dalam usaha untuk memperkemaskan urustadbir pertubuhan belia. Pertubuhan belia seharusnya menjadikan perlembagaan pertubuhan belia sebagai garis panduan di dalam urustadbir pertubuhan belia yang baik dan menjadikan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 sebagai sumber rujukan agar pengurusan dan pentadbiran pertubuhan belia serta segala aktiviti yang dirancang, tidak menyalahi dan bercanggah dengan peruntukan yang terdapat di dalam Akta 668.

Taklimat bengkel disampaikan oleh Encik Mohammad Khairul Bin Mohd Dam dari Cawangan Pendaftaran dan Encik Razlan Bin Abd. Rauf dari Cawangan Pemantauan dan Peyelarasan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Program yang telah dikendalikan oleh Encik Mohammad Khairul, Penolong Pendaftar Kanan dan Encik Razlan, Penolong Pendaftar selaku penceramah dari Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Putrajaya telah disertai oleh pertubuhan – pertubuhan belia di sekitar Johor Bahru dan juga pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Terima kasih diucapkan kepada kepada Encik Badari Bin Awang Damit, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang hadir dan Cik Zaliha Binti Abu Bakar, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mewakili Pendaftar Pertubuhan Belia, Puan Hajah Siti Aishah Binti Yahya bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Bengkel Insentif e-ROY Peringkat Negeri Johor 2018 dan Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia.

Disediakan Oleh;

Hj. Mohd Azli Lee Bin Abdullah

Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable