3 Ogos 2019, Tawau- Sesi Pertemuan En.Badari Ag.Damit, Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia  (ROY) bersama Presiden Majlis Belia Sabah dan juga wakil -wakil Gabungan Persatuan Belia sekitar Tawau berjalan lancar. Ia juga merupakan kunjungan pertama kali Pendaftar berjumpa pertubuhan belia di Tawau bersempena Fit Malaysia Sabah yang berlangsung pada 3-4 Ogos 2019.

Antara intipati pertemuan ini adalah membincangkan hal -hal berkaitan penyelarasan pertubuhan belia Gabungan Tawau serta khidmat nasihat yang diberikan oleh Pendaftar bagi memastikan urusan penubuhan pertubuhan belia lebih tersusun dan sistematik serta mengikut garis panduan yang di tetapkan di bawah Akta 668. 

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable