4 OGOS 2019, Johor Bharu – Pusat Pembangunan Belia Johor telah menganjurkan Simposium Belia Johor 2019 bertempat di Capital City, Johor Bahru, Johor.Tujuan program tersebut dilaksanakan adalah untuk memperkasa dan memperkukuh peranan belia dalam masyarakat, pembangunan ekonomi dan pembangunan NGOs belia merangkumi penajaan, keusahawan, pendidikan dan perlaksanaan program dan lain-lain.

Antara intipati forum adalah berkisar tentang hala tuju belia Johor serta memperkasa belia Johor untuk belajar menguasai pelbagai bidang dan kemahiran dalam menuju negara maju pada masa akan datang, perkongsian permohonan e-Bantuan, pelaksanaan program Reben Kuning, Youth Future Leader oleh wakil KBS, memperkenalkan belia kepada International Foundation untuk berkongsi bagaimana memperoleh dana dari luar negara dan pertukaran pandangan tentang khidmat kesukarelaan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pertubuhan belia dan NGOs lain.Simposium Belia Johor 2019 telah disempurnakan perasmian oleh YB Tuan Sheikh Umar Bagharib Ali EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Turut hadir sebagai panel forum, Zurihanmi Zakariya, Pengarah Cawangan Kepimpinan dan Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut bersama hadir, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan, MBNJ, IKLAS serta pelbagai lapisan komuniti belia, pertubuhan belia dan persatuan sukan dari latar belakang yang berbeza yang datang dari dalam dan luar Negeri Johor.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable