7 Ogos 2019, Cheras – Pegawai Belia dan Sukan telah diberikan pendedahan dalam meningkatkan kemahiran dan pemahaman di dalam skop tugas kawal selia pertubuhan belia secara tidak langsung mengoptimumkan potensi pertubuhan di peringkat akar umbi di dalam menyumbang kepada Agenda Pembangunan Negara. Program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 5-7 Ogos 2019 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras (IYC).

Peserta turut diberi bimbingan dalam merancang pelan strategik Pembangunan pertubuhan belia supaya idea dan pandangan dapat dihasilkan dengan lebih komprehensif melalui perbincangan dan pembentangan sepanjang berlangsungnya bengkel ini. Majlis penutup telah disampaikan oleh En Badari Ag. Damit, Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Pendaftar turut meluangkan masa bagi sesi sembang santai bersama dengan peserta seluruh Malaysia dengan berkongsikan pengalaman dan pandangan dalam aspek pengurusan badan NGO disamping memberi penekanan pemahaman berkaitan Akta 668.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable