22 Ogos 2019, Bangi – Kursus Penyiasatan dan Penguatkuasaan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 20 hingga 22 Ogos 2019 dengan kerjasama Institut Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di Bangi. Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai mengenai peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta 668.

Ia juga dapat memberi kemahiran dan melatih pegawai-pegawai menjalankan siasatan ke atas mana –mana aduan yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. ROY juga melibatkan penyertaan daripada pegawai Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), serta Bahagian yang berkaitan di KBS. En Badari Ag. Damit, Pendaftar ROY turut berkesempatan mengikuti kursus ini.  Majlis penutupan kursus telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Anita Hj Harun, Ketua Pengarah ILKAP. YBhg Dato’ KP ILKAP mengalu alukan kehadiran pegawai yang ingin menghadiri kursus lanjutan di ILKAP bagi memastikan keberkesanan pembelajaran berterusan dan dapat membantu agensi berkaitan dalam bidang perundangan khususnya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable