10 MAC 2020, Putrajaya – Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia dan Sesi Libat Urus Pindaan Akta 668 Peringkat Zon Tengah Tahun 2020 telah pun diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Shamsul Bin Musa, Ketua Penolong Pendaftar Cawangan Pendaftaran dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincang dan menyelaras pelaksanaan kedua-dua program yang akan diadakan secara back to back. Perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan pengisian dan penyertaan pertubuhan belia dari Zon Tengah. Program-program ini akan diadakan di Negeri Selangor pada 4-5 April 2020 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), bagi Negeri Perak akan diadakan pada 4-5 Julai 2020 bertempat di KOMBES, Perak dan bagi WP Kuala Lumpur akan diadakan pada 15-16 Ogos 2020 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari setiap JBS Negeri Selangor yang diketuai oleh Encik Sabran Bin Abd Bahar selaku Pengarah, JBS WPKL dan JBS Negeri Perak. Turut serta adalah wakil daripada Majlis Belia Negeri Selangor (MBS). Semoga perbincangan yang diadakan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pihak akan menjayakan program yang bakal diadakan kelak dapat dicapai selaras dengan objektif dan matlamat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Disediakan Oleh:
Pejabat Pendaftaran Zon Tengah

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable