16 MAC 2020, Putrajaya – Pejabat ROY Zon Tengah telah dikunjungi oleh wakil dari pertubuhan belia iaitu Junior Chambers International Chapter Mines. Kunjungan ini dibuat untuk mendapatkan penjelasan mengenai status penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan juga mendapatkan khidmat nasihat mengenai beberapa perkara terutama tadbir urus pertubuhan belia yang baik.

Pertubuhan ini seringkali mengunjungi Pejabat ROY bagi memastikan pergerakan pertubuhan adalah selari dengan informasi semasa daripada ROY.Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan walaupun terdapat perubahan kepimpinan dalam setiap pertubuhan belia sejajar dengan Akta 668.

 

Disediakan Oleh:
Pejabat Pendaftaran
Zon Tengah

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable