17 MAC 2020, Putrajaya – Wakil daripada Youth Power Club Batu, iaitu Encik Mohd Haikal Bin Musbah, Pengerusi Youth Power Club (YPC) Batu telah hadir ke Pejabat ROY Zon Tengah bagi penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) selepas melaksanakan Mesyuarat Agung kali Pertama dan penubuhan kelab ini adalah pada awal tahun 2020.

Dokumen yang dikemukakan lengkap dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak ROY. ROY sentiasa menggalakkan penghantaran terus ke pejabat supaya dapat diberikan khidmat nasihat secara terus terutama mengenai tadbir urus pertubuhan belia khususnya pertubuhan belia baharu. Maklumat yang tepat dapat membantu kelab ini dalam memastikan tujuan penubuhan kelab dipatuhi serta Kelab terus berkhidmat dan menyumbangkan kepelbagaian ativiti yang menjurus kepada komuniti setempat.

 

Disediakan Oleh:
Pejabat Pendaftaran
Zon Tengah

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable