Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan  telah bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Covid-19. Penggubalan RUU ini adalah komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan langsung kepada ekonomi dan sosial kepada rakyat serta industri.

Sesi libat urus bersama-sama agensi pelaksana (implementing agency) termasuk pihak industri (industry players), organisasi masyarakat madani (civil society organisation) dan organisasi bukan kerajaan (non-governmental organisation) perlu dilaksanakan untuk memastikan agenda penggubalan Rang Undang-Undang ini benar-benar mencapai objektifnya. 

Sehubungan dengan itu, Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ROY ingin mendapatkan maklumbalas daripada Pertubuhan-pertubuhan belia berdaftar. 

Soalan-soalan yang dikemukakan ini adalah untuk mengenal pasti perkara-perkara yang berbangkit daripada kesan penularan wabak COVID-19 dan mempunyai impak terhadap perniagaan, firma termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta rakyat secara keseluruhan. Soal selidik mengenai maklumbalas kluster belia ini boleh dicapai melalui pautan https://forms.gle/2sWE27pHLQrDW5gt9 . Maklumbalas ini hendaklah dilengkapkan selewatnya-lewatnya pada 5 Jun 2020 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengahari. Kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.  
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
3 Jun 2020