Ayer Keroh, 17 Jun 2020 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada Pengerusi MAYC Negeri Melaka iaitu Encik Asrul Khan bagi tujuan semakan penghantaran MYKD (Maklumat Yang Kena Diberi) tahun 2020.

Kehadiran beliau juga amat dialu-alukan serta dapat bertukar-tukar pandangan mengenai isu belia khususnya pertubuhan belia  MAYC di Negeri Melaka serta mengenai pelaporan MYKD.

En Alsidi Mohamad selaku Pegawai Pendaftaran turut memaklumkan mengenai penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia masih diteruskan bermula sejak 18 Mac yang lalu sehingga ke satu tarikh kelak.  Walabagaimanapun pertubuhan boleh mengadakan perbincangan atau berkongsi pengalaman sesama ahli melalui secara atas talian sekiranya perlu.Semoga kunjungan dan sesi bertukar pandangan ini dapat dikuti pertubuhan yang lain khususnya di negeri Melaka dalam mengemukakan MYKD sebagaimana perlembagaan pertubuhan masing-masing.

 
Disediakan Oleh:
Pejabat ROY Zon Selatan