PUTRAJAYA, 16 Ogos 2018 - Satu sesi Latihan Kebakaran atau Fire Drill telah dilaksanakan di Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi bersama dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada setiap agensi mengenai kaedah atau langkah keselamatan atau tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku situasi kecemasan atau lebih tepat kebakaran di premis atau bangunan masing-masing. Hasil dari sesi post mortem sejurus selepas simulasi tadi dapat dirumuskan seramai 878 kakitangan di Blok C7 daripada agensi seperti SPA, JKR, ROY, MOSti, MPN telah mempamerkan kerjasama yg mantap di mana semua agensi berjaya keluar menerusi tangga kecemasan dengan mengambil masa hanya 7 minit mengatasi masa yg telah ditetapkan oleh jabatan bomba iaitu 11 minit.

"Saya yakin usaha pembudayaan keselamatan kebakaran ini akan dapat diperluas dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan pemilik serta pekerja sesebuah premis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan khususnya kebakaran” kata pegawai dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM)

Pihak JBPM juga akan merancang untuk menubuhkan simulasi Pasukan Respons Kecemasan (ERT) bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan terutama kebakaran untuk agensi kerajaan di Kompleks C, Putajaya.

Disediakan oleh;

FAIZUL RIZAL BIN MAT SAAT
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Kanan
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable