PUTRAJAYA, 16 Ogos 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia berbesar hati menerima kehadiran Jawatankuasa Persatuan Belia Pamah Rawas Ulu Dong, Raub Pahang bagi mendapatkan penerangan dan pendedahan secara langsung mengenai penggunaan aplikasi e-ROY MYKD. Penerangan dan simulasi secara hands-on ini diharap dapat mempertingkatkan lagi tahap pemahaman jawatankuasa pertubuhan untuk mengemukakan MYKD secara atas talian.

Dikesempatan ini juga, En. Ridzuan Sham Bin Zahari selaku Pengerusi Persatuan Belia Pamah Rawas Ulu Dong, Raub Pahang mengambil peluang untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dalam hal berkaitan urus tadbir pertubuhan.

Semoga inisiatif seumpama ini dapat dicontohi oleh lain-lain pertubuhan belia berdaftar di pelbagai peringkat.

Disediakan oleh:

 

MOHD UZAINI BIN MOHAMAD SANI
Penolong Pendaftar Kanan

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable