Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah, rahmat dan kasih sayangNya sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Kita semua perlu mengambil iktibar daripada peristiwa korban yang dinukilkan di dalam al-Quran yang turut menyentuh soal kecekalan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan.

Ketepikan perbezaan fahaman politik antara kita, korbankan kepentingan diri kita, buktikan keinsafan dan kesyukuran kita dengan bersatu dan meningkatkan martabat agama kita, dan memupuk hubungan yang baik dengan rakan-rakan kita daripada keturunan dan agama yang lain. Pertubuhan belia harus melihat kembali perjuangan terdahulu yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sanggup berkorban demi memartabatkan tanah air. Cabaran masa kini jauh berbeza berbanding dahulu, namun para pemimpin belia harus bersedia melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan dedikasi dan kesungguhan yang tinggi. 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di negara ini terutamanya kepada para pemimpin dan ahli pertubuhan belia di Malaysia. 

Salam Hormat;

HJH. SITI AISHAH YAHYA
Pendaftar
Pertubuhan Belia Malaysia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable