KUALA TERENGGANU, 04 Oktober 2018 –  Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Sahabat Batu Buruk Sejahtera dan Kelab Belia Tok Dor Prihatin diatas kejayaan mendaftar pertubuhan belia mereka. Wakil daripada kelab diberi penerangan berkaitan urus tadbir kelab dan kewajipan untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun dan dalam masa yang sama dapat menjalinkan kerjasama yang baik bersama Pejabat Belia dan Sukan di daerah masing-masing.

Sehingga Oktober 2018, PPPB Zon Timur telah memproses sebanyak 63 permohonan merangkumi Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 46 permohonan telah diluluskan. Semoga pertubuhan belia yang berjaya berdaftar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik disamping menganjurkan pelbagai program bersama belia setempat dalam usaha melestarikan lagi golongan belia di Terengganu dan negara kita amnya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable